Saturday, October 12, 2013

Warong Mak Bedah | Batu Pahat


1. Batu Pahat adalah daerah penting dalam tanda besar tempat
    makan yang lazat di negeri Johor. Banyak tempat yang boleh
    disinggah untuk melayan nafsu makan di daerah ini. Pelbagai
    lokasi samada sarapan, makan tengahari atau minum petang.

2. Tiadalah aku nak menyenaraikan satu persatu lokasi itu,
    namun aku yakin mereka yang meminati makanan dan suka
    menikmati tempat makan yang sedap dan istimewa pasti
    mengakui kehebatan Batu Pahat sebagai antara lokasi makanan
    yang penting.

3. OK! Ini Warong Mak Bedah yang terletak di Simpang Rantai,
    Batu Pahat. Jalan yang sama dengan Rumah Rehat Batu Pahat.
    Dikatakan dalam sejarah pemakanan Johor, warong ini sudah
    30 tahun disitu. Menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk
    sarapan. Namun awas, kebiasaanya warong dibuka sekitar
    pukul 9:30 / 10:00 pagi.


4. Menu terkenal abad berabad di warong ini ialah lontong. Selain
    mee goreng, lontong kering, nasi lemak dan macam-macam lagi.

5. Kebiasaannya pelanggan akan menunggu tuan kedai di pagi
    hari bagi mendapatkan sarapan disini. Maka, memang ramai
    orang yang menunggu tuan kedai untuk bersarapan. Walau
    nampak agak keterlaluan, tetapi ternyata ianya telah bertahan
    30 tahun dengan bergaya.

6. Lontongnya agak biasa dan bersahaja. Satu mangkuk penuh
    dengan nasi himpit, sambal sotong kering, telur dadar, tauhu dan
    kuah lontong, tempe dan sayur mayur... kelihatan tiada banyak  

    istimewa. Tetapi apa yang boleh dikatakan ianya memberikan rasa 
    asli lontong resepi orang kampung dengan rasa yang bersih 
    dan jelas.

7. Aku makan bersahaja dan tidak sedar ianya habis dengan
    bersahaja juga. Ianya turut diakui oleh dua lagi rakan aku.

8. Pelanggannya bukan dari kaum Melayu saja, pelanggan Cina
    juga ramai dan sanggup menunggu tuan kedai datang. Nyata
    walau bersahaja rasa masakannya juga bersenjata.

9. Berbual dengan tuan kedai, kita tahu hatinya ikhlas dan jujur.
    Walaupun membuatkan pelanggan menunggu hingga jam 10
    untuk sarapan adalah sesuatu yang kelihatan agak kejam tetapi 

    jika kamu dapat berbual tuan kedai maka kamu akan tahu beliau
    seorang pewarong yang berhati mulia. Penyediaan
    makanan secara live, kita tahu cara penyediaannya tiada
    shortcut, tertib satu demi satu. Potongannya satu satu, cermat dan 

    tidak sembrono dan asal boleh.

10. Jangan terkejut menu lontong ini juga adalah menu kegemaran
      Vincent Tan sekiranya beliau datang ke Batu Pahat.
      Warong Mak Bedah memang legend!!!
    

No comments:

Post a Comment