Sunday, October 13, 2013

Nasi Kandar Deen | Penang


1. Baru-baru ini: 17 Oktober 2013, aku ke Pulau Pinang atas 
    urusan kerja. Sesampai di Bayan Lepas Airport, sahabat lama 
    satu rumah sewa semasa di UTM Skudai - Ir. Hanif Mat Salim
    menjemput aku dan kumpulan jurutera syarikat lalu
    meminjamkan aku Triton untuk aku bergerak ke Jelutong.
    Terima kasih kepada beliau. Tiap kali ke Utara, Hanif jadi 
    mangsa. Tapi ini lebih kepada keprihatinan sahabat kepada
    sahabat. Itu jelas.

2. Jadual kerja bermula 10 pagi dan berakhir 3:00 petang. 
    Sebelum bermula lawatan kerja, kami sarapan di
    Kayu Nasi Kandar. Roti Tulur Bawang dengan kambing.
    Kambing lagi... Lauk kambing ini adalah lambang gagah
    seorang lelaki. Tak tahulah macam mana, tapi itu yang
    aku rasa.

3. Sebaik tamat lawatan kerja, kami menyambar ke Nasi Kandar
    Deen. Kenapa Deen? Sebab kami terlalu lapar, dan kedai Deen
    ni adalah kedai terdekat di kawasan Jelutong. Nampak epik
    fail punya jawapan.

4. Aku ambik telur ikan dan ayam goreng serta sayur. Kuah mesti 
    campur. Aku sebenarnya bukanlah gila sangat dengan nasi 
    kandar, tetapi memang dah lama aku tak ke Penang. Ada 3 
    tahun jugak, so makan nasi kandar hari tu kiranya dengan
    hati yang girang jugak la.
 
5. Nasi kandar Deen ni tak kalah jika nak dibandingkan dengan
    Nasi Kandar Berator or Nasi Kandar Kayu or Kapitan or
    Line Clear. Tak kalah, dan kalau berdiri juga sama tinggi.
    Ingat!!! Di Johor tiada nasi kandar... yang banyak tu
    nasi mamak weyyyy. Hahaha.


6. Entah macam mana nak dijadikan cerita, 2 hari lepas itu keluar
    berita Nasi Kandar Deen di berita harian. Pehhh! Siapa sangka?

No comments:

Post a Comment