1. Aku mengenali Pearl Jam sejak 1993 lagi. Dikala grunge scene melanda Tanah Melayu dengan hebatnya. Kamu tidak akan faham keindahan grunge sehinggalah kita memahami falsafah disebalik semuanya.
2. Ketika itu sememangnya muda remaja dan masih belum berkahwin. Walaupun muzik Pearl Jam adalah suatu muzik yang hebat, pada aku ketika itu namanya masih berada di belakang band terhebat ku iaitu Stone Temple Pilots dan Soundgarden.
3. Sehinggalah pada sekitar 2002, ditahun aku telah banyak menyelesaikan hal-hal kehidupan aku. Tahun dimana aku telah tamat pengajian di UTM di tahun 2000. Aku bekerja di firma jurutera perunding selepas itu. Tahun 2002 aku telah settle down dengan hal kehidupan aku dan mula boleh melihat kehidupan sesuatu yang indah dan teratur, aku mula menyelonggar semua laci kenangan dan apa yang aku suka dulu.
4. Aku berjumpa dengan Batique, rakan baru satu rumah di Taman Universiti yang mempunyai obses yang tinggi perihal muzik dan filem. Mula memutarkan semula pelbagai CD album lama, download video dari Youtube, mendengar dan berbincang perihal muzik itu. Kita mungkin ada 1000 rakan, namun yang boleh bercerita dan memberi idea, pandangan dan sejarah muzik bukanlah ramai, mungkin sekadar 2, 3 orang sahaja. Perihal politik dan wanita itu memang ramai.
5. Ok! Black ini adalah lagu sangat istimewa. Lagu yang penuh kesedihan tetapi dialunkan dengan penuh kejantanan. Cerita mengenai lelaki yang dikecewakan tatkala pasangannya sibuk mengejar bintang kemashyuran hidup. Lagi ini membunuh keegoan lelaki dan memberitahu bahawa lelaki juga manusia yang akan kecewa saat ditinggalkan oleh kekasihnya.
6. Kualiti lirik sangat dominan hinggakan ianya merasuk ke hati. Bagaimana kita menyelami rasa kehilangan, kekosongan dan hilang punca. Jika kamu pernah melalui saat dikecewakan, pasti kamu akan rasa begitu dalam lirik ini.
7. 4:10... solat Asar dulu. Sambung lain hari.
No comments:
Post a Comment