Sunday, July 14, 2013

Visit SABAH | 21-24 Nov 2012 (Part 3 : Last)

22 November 2012 @ Sabah Tea, Ranau, Sabah
Sebaik keluar dari  ladang lembu Mensilau, kami melawat ladang teh Ranau.
Ladang yang dibuka oleh pihak British, jika aku tidak silaplah...
Berjenama SABAH TEA yang terkenal, tetapi aku jarang beli pun.
Ladangnya luas tetapi tidaklah seluas Cameron Highlands.
22 November 2012 @ Sabah Tea, Ranau, Sabah
Tiadalah apa yang menarik untuk dilayani di sini.
Pakej minum teh seperti di Cameron Highlands juga tidak menarik kami.
Kami cuma melayan pandangan mata dan berjalan disekitaran.
Terdapat plak konkrit di situ menceritakan pahlawan British tewas di medan perang.
Cuma aku tak faham, musuh mereka siapa?
Jika musuh mereka adalah pribumi maka mereka bukanlah pahlawan.
Plak itu juga tanda ketewasan mereka kepada pejuang sebenar.
22 November 2012 @ Sabah Tea, Ranau, Sabah
Terdapat satu kedai disitu yang menjual teh dalam pelbagai variasi.
Terlalu banyak bagi aku yang mengenal teh sebagai teh saja.
Ok, memanglah aku pernah kenal teh songket dan sebagainya...
Tetapi tidaklah aku terlalu serius perihal teh ini.
Pelbagai gabungan perisa... halia, serai, lengkuas, etc.
22 November 2012 @ Sabah Tea, Ranau, Sabah
Membelilah juga beberapa bungkus teh untuk bawaan balik.
Sebahagian untuk rakan-rakan, jiran-jiran dan staff ofis.
Sedikit lagi untuk dapur rumah.
(Tetapi sebaik aku sampai ke JB, Sabah Tea ada jual di kedai runcit perumahan).
Tidak tahu pula Sabah Tea punya luas rangkaian pasarannya.
Kalau tahu, beli disini saja...
22 November 2012 @  Fish Spa, Sg. Tagal, Kundasang, Sabah
Pada mulanya aku skeptikal untuk ke sini.
Akibat kegagalan 2 lokasi yang menarik minat aku - Ladang Lembu & Ladang Teh.
Aku merasakan tempat ini pun sekadar ada-ada saja.
Alangkah memeranjatkan, ianya memang real.
Ikan itu memang datang ke kaki dan menggigit kaki.
Aku bagai tak percaya tetapi ini memang betul.
Ikan yang jinak dan menyebabkan kita rasa geli.
Lokasi yang aku kira wajib disinggahi di Kundasang.
22 November 2012 @ Kundasang, Sabah
Hampir jam 5 petang, kami perlu bergerak ke rumah penginapan.
Rumah yang kami inap merupakan homestay orang tempatan di Kundasang.
Sewa RM 250 satu malam dan RM 250 lagi untuk makan malam dan sarapan.
Dalam perjalanan, cuaca sejuk dan mendung mula datang secara tiba-tiba.
Gelap dan sejuk menyelubungi Kundasang berserta kabus agak tebal.
Pandangan tetiba menjadi terbatas.
Sebelum sampai ke lokasi homestay kami, aku membeli beberapa barangan untuk merasa.
Aku beli buah terap kerana tak puas makan di Tamparuli tadi.
Juga berapa sayuran untuk  membuat salad malam ini.
Sayuran yang ditanam dikawasan sejuk dan dimakan disitu juga memang rangup dan berbeza.
22 November 2012 @ Kundasang, Sabah
Sampai di homestay lebih kurang jam 6.
Terlalu sejukkkkk, mengggigil kesejukkan dengan angin berhembus perlahan.
Nyaman sungguh!!! Serta merta tiada keindahan pemandangan disini.
Kawasan jadi gelap tak nampak apa.
Makanan telahpun disiapkan oleh tuan rumah, dan udang, ayam, sotong untuk di bakar.
Sengaja kami meminta supaya kami yang membakar sendiri.
Sekurang-kurangnya adalah aktiviti untuk malam ini.
22 November 2012 @ Kundasang, Sabah
Kami mula membakar sebaik selesai solat jamak qasar maghrib isyak.
Walaupun sejuk dan kelaparan namun memang seronok membakar dicuaca sejuk.
Homestay betul-betul dicerunam banjaran Kinabalu.
Rombongan kami hanyalah kami-kami saja, so takde masalah besar.

22 November 2012 @ Kundasang, Sabah
Intro makanan telah dilakukan oleh otai-otai sebagai food tester yang kelaparan.
Walaupun mungkin ira rasa orang Sabahan berbeza dengan Johor tetapi ianya tiada masalah.
Tiada gambar makan beramai-ramai kerana masing-masing kelaparan dan kesejukan.
Menu malam itu untuk kami 15 orang - Nasi goreng, sup ayam, barbeque ayam, ikan, udang, sayur.
Kami berpuashati!!!

22 November 2012 @ Kundasang, Sabah
Makan malam berlalu dan masing-masing kekenyangan. Alhamdulillah.
Mungkin homestay inikurang selesa bagi sesetengah orang.
Tapi bagi kami untuk tidur 1 malam disini ianya okay.
RM250.00 dengan punya 3 bilik yang besar untuk 15 orang dan astro.
Memadai walaupun tekanan air agak rendah dan homestay berada di cerunam.
23 November 2012 @ Kundasang, Sabah
Subhanallah. Kundasang memang indah.
Hampir aku menitis airmata melihat keindahan ciptaan Allah.
Dalam kesukaran hubungan dan kemudahan.
Jauh dari kemodenan dan prasarana bandar.
Kundasang punya lebih dari itu.
Aku masih merasa ketakjuban indahnya Kundasang hingga kini.
23 November 2012 @ Kundasang, Sabah
Keindahan pagi yang menakjubkan itu sangat cepat.
Kamu jangan berganjak dari subuh melihat lanskapnya.
Kerana ianya akan hilang dalam tempoh tak sampai 1 jam.


23 November 2012 @ Kundasang, Sabah
Lihatlah kehidupan mereka yang berbeza dengan kehidupan sebahagian besar kita.
Mereka hidup stail mereka yang serba kekurangan tetapi penuh ketenangan.
Awan berarak dan matahari mula memancar.
Maka sedikit demi sedikit keindahan pagi mula hilang.


















No comments:

Post a Comment