Saturday, June 29, 2013

Visit SABAH | 21-24 Nov 2012 (Part 2)

22 November 2012 @ KK, Sabah.
Hari yang kedua dan perjalanan menuju ke Kundasang.
Perjalanan akan mengambil masa 3 jam.
Perjalanan  yang memakan masa dan pasti memenatkan.
Kami bertolak pada pukul 9 pagi.
Sarapan diambil di cafe apartment.
@ KK - Tamparuli, Sabah.
Perjalanan melalui pemandangan yang menarik.
Sabah memang negeri yang istimewa.
Lautan dan gunung ganang.
Cerunam dan dataran.
Sayang jika ianya tidak kita bela dan hargai.
@ Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah
Tidaklah aku beriya-iya untuk ke sini.
Tiada yang istimewa hanya sekadar gimik pelancogan.
Bukan sesuatu yang sukar, namun perlu keberanian.
Caj yang agak mahal dan aku rasa tidak berbaloi.
@ Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah
Tidak apa yang menarik sebenarnya.
Sekadar memenuhi tentatif program kami.
Juga tiada makanan yang special.
Pasti kunjungan yang tidak perlu.
@ Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah
Masa untuk posing bagi membuang masa.
@ Jambatan Gantung, Tamparuli, Sabah
Sebaik selesai di rumah terbalik - kami ke sini.
Gayat dan seriau, aku cuba mengelak untuk kesini.
Tetapi semua mahu kecuali aku.
Ahhh... aku berani-beranikan diri.
Fuhhh.... berdetup dentap jantung menahan.
@ Jambatan Gantung, Tamparuli, Sabah
Satu masalah jambatan ini ialah ianya berayun-ayun.
Panjangnya aku anggarkan hampir 100m merentangi sungai.
Tingginya ke dasar sungai mungkin 12 meter.
Struktur lama yang lusuh dan berusia.
Aduhaiiii....
Semua kami melaluinya, yang kecil yang besar tak terkecuali.
@ Jambatan Gantung, Tamparuli, Sabah
Lokasi jambatan gantung ini berdekatan dengan pasar Tamparuli.
Banyak juga barangan pelik yang dijual.
Ini buah terap yang memang aku tak pernah rasa.
Sedap, manis seperti cempedak tapi tidak bergetah.
Memang sedap!!!
@ Tuaran - Pekan Nabalu, Gunung Kinabalu, Sabah.
Perjalanan ke Kundasang bersentralkan Gunung Kinabalu.
Jauh dan tinggi, tinggi dan makin sejuk.
Makin sejuk makin gayat, makin gayat makin seram.
Subhanallah, cantik sungguh alam maya ini.
Jalan yang agak baik kualitinya.
Banyak kenderaan naik berselisihan.
Potong memotong dijalan yang bercerunam dan gaung.
Tak ubah seperti memanjant Cameron Highlands.
Cuma ianya jauh dan lebih lama masanya.
@ Pekan Nabalu, Sabah.
Kami sampai di sini dengan Gunung Kinabalu berselindung.
Awan menyembunyikan puncak gunung.
Sungguh indah dan nyaman.
Udara sejuk mencengkam tetapi matahari memancar.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Tempat proses susu lembu yang terbesar di Sabah.
Terletak dikawasan yang indah dan hijau.
Latarbelakang Gunung Kinabalu yang mengagumkan.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Tak ubah seperti New Zealand dengan hijauan sujana.
Tiada apa yang menarik selain susu lembu dan pemandangan.
Lembu nun jauh disana dan sukar dihampiri.
Jauh menarik untuk lensa kamera bukan kanta mata.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Tiada makanan yang menarik disini.
Sekadar jualan susu yang fresh dan pop-corn.
Awas!!! Susu lembu di sini memang sedap.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Lawatan ini tidak mengambil masa yang lama.
15 minit untuk ambil gambar dan susu lembu.
Ambillah gambar dengan banyak disini.
Kerana tiada keseronokan lain.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Jika lebih kreatif pastinya lokasi ini boleh dipelbagaikan.
Pengujung sepatutnya lebih dekat dengan lembu-lembu.
Ada restoren steak dan sebagainya.
Sekadar susu lembu dan popcorn, ianya tidak memadai.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Gambar kenangan sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.
So far, lawatan kami ini sangat berjaya mengikut jadual.
Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment