Monday, June 3, 2013

Melawat Kelantan | 24/5 - 26/5/2013 (Part 2)

@ TAMAN DESA MURNI, KETEREH, KELANTAN
Inilah dia homestay kami, dikala foto dirakam jam 9.00 pagi.
Walau agak kepenatan akibat peristiwa semalam, kami perlu terus bergerak.
Hari ini adalah hari meronda Kelantan dengan perancangan lokasi telah dibuat.
Beberapa lokasi tempat makan juga telah dikenalpasti.
Apa yang paling mustahak saat ini adalah makan pagi.
@ KEDAI NASI BERLAUK, KETEREH, KELANTAN
Kedai makan ini adalah dicadangkan oleh pemilik homestay, En. Mohd.
Seperti kebanyakan kedai makan Melayu yang biasa.
Tapi aku merasakan ada sesuatu yang istimewa disini.
Ramai orang memenuhi ruang kedai. Pastinya makanannya lazat.
Dugaku memang tepat. Nasi berlauk ayam kampung ini memang hebat.
Lain benar dengan nasi berlauk di Johor Bahru.
@ KEDAI NASI BERLAUK, KETEREH, KELANTAN
Kami memesan nasi berlauk dan nasi dagang.
Beberapa makanan lain adalah nasi pulut dan kueh manis.
Pelbagai lauk pauk nasi - ayam kampung goreng, daging, itik kari, ikan aye.
Paling istimewa harga makanan murah. Kami dicaj RM28.00.
@ MASJID PULAU MELAKA, KUBANG KERIAN, KELANTAN
Bertolak dari Ketereh, aku menuju ke sini.
Tujuan jelas aku ke Kelantan, melawat masjid TG Nik Aziz.
Melawat ke masjid yang indah dan bersahaja.
Masjid  yang bersebelahan dengan rumah TG Nik Aziz.
Simbol kesederhanaan hidup seorang pemimpin besar.
@ MASJID PULAU MELAKA, KUBANG KERIAN, KELANTAN
Aku berpusing-pusing di halaman masjid dan rumah TGNA.
Manalah tahu kalau-kalau TGNA ada dan bisa ketemu.
Besar sangat hajatku, dan memang sukar tercapai.
Rupanya bukan aku seorang yang datang ziarah.
2 keluarga dari Seremban juga berlegar di ruang halaman rumah TGNA.
Hari itu TGNA kurang sihat dan tidak dapat berjumpa dengan orang ramai.
@ MASJID PULAI MELAKA, KUBANG KERIAN, KELANTAN
Lihatlah begitu ringkas struktur masjidnya.
Masjid ini bersebelahan rumah pembesar negeri.
Tapi tiada pun struktur hebat melangit.
Paling penting kemakmuran masjid dengan jemaahnya.
Masjid tersergam tanpa isinya, nyata tiada apa-apa makna.

@ RUMAH TGNA, PULAU MELAKA, KELANTAN
Tiada pegawai keselamatan, tiada pagar.
Tiada hiasan, tiada berlebihan.
Kesederhanaan yang perlu dicontohi.
@ MASJID PULAU MELAKA, KUBANG KERIAN, KELANTAN
Setelah aku selesai solat Duha dan mahu bergerak keluar.
Aku menyapa orang tua ini.
Ramah dan banyak ceritanya. seronok berbual.
Dia adalah penyelia bangunan di Pusat Tahfiz Pulau Melaka ini.
@ RUMAH TGNA, PULAU MELAKA, KELANTAN
Sebelum meneruskan perjalanan, aku ambil gambar di kereta TGNA.
Buat kenang-kenangan.
@ PASAR SITI KHADIJAH, KOTA BHARU, KELANTAN
Masa yang terhad, ruang untuk membeli-belah juga tidak banyak.
Tiada perjalanan ke Rantau Panjang, kerana aku yakin trafik penuh disana.
Sekadar membeli apa yang perlu di pasar ini sudah memadai.
Walau baru permulaan cuti sekolah, sukarnya mencari parking.
Ramai juga manusia yang datang menyerbu pasar ini.
Aku tidak mahir membeli-belah, tugasan di serah kepada isteri.
Kami sekadar membeli beberapa helai kain sarung dan batik.
Juga serunding daging, budu dan cendawan gerigit.
Tak lupa mempelam, buah nipah dan keropok.
Cukuplah tu...
@ NASI ULAM CIKGU, KOTA BHARU, KELANTAN
Lokasi makanan yang paling popular di Kota Bharu.
Walaupun aku tahu beberapa risiko yang mungkin berlaku.
Restoran yang popular kadangkala punya masalah dengan servis lambat.
Juga kemungkinan tiada meja makan.
Kebiasaannya juga mengenakan harga yang mahal.
Oklah sedang aku menyelinap masuk ke Nasi Ulam Cikgu...
Kita pukul genderang dulu.
@ NASI ULAM CIKGU, KOTA BHARU, KELANTAN
Tu diaaa... memang ramai pelanggan restoran cikgu ni.
Tercari-cari meja makan kosong, memang tiadalah.
Maka kena tunggulah pelanggan yang sudah makan dan beredar.
Akhirnya dalam 5 minit mencari-cari akhirnya dapat juga meja kosong.
@ NASI ULAM CIKGU, KOTA BHARU, KELANTAN
Jam dah menunjukkan jam 2 petang tetapi pelanggan tetap ramai.
Makanan telah hampir habis. Ulam sudah hampir habis.
Pinggan habis. Air hampir habis. Air basuh tangan hampir habis.
Tetapi komitmen pekerja sangat tinggi walau bilangan tak mencukupi.
Pinggan dipunggah lagi. Lauk dihidang lagi. Ulam dibentang lagi
Sekejapan habis lagi. Tambah lagi. Habis lagi.
Jug-jug air bandung dan sirap disusun panjang
Sekilas pandang selesai semuanya.
Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Tetapi pelanggan masih ramai. Dan tak berganjak. Dahsyat!
@ NASI ULAM CIKGU, KOTA BHARU, KELANTAN
Dalam keributan itu, makan perlu untuk hidup.
Aku berusaha menyelamatkan beberapa lauk untuk kami.
4 ekor kembung rebus. 3 ekor ayam goreng. 1 ekor keli besar.
2  pinggan ulam-ulaman. 6 pinggan nasi putih. 3 jug air bandung / sirap.
Walau dalam kelam-kelibut, sedap sungguh masakannya.
Ringkas tetapi keluar segala rasa masakannya.
Ulam-ulamannya memang menyelerakan.
Cuba bayangkan jika keadaannya lebih sempurna.
Untuk semua ini kami dicaj RM33.00 sahaja. Memang murah.
@ PANTAI CINTA BERAHI (PCB), KOTA BHARU, KELANTAN
Lokasi kami seterusnya adalan pantai PCB.
Diwaktu itu jam telah melepasi jam 3.00 petang.
Deretan gerai tradisional menjual pelbagai makanan yang hampir sama.
Sotong goreng tepung, udang gt, ikan gt, dan seumpamanya.
Kami sudah kenyang tetapi sengaja melayan menu mereka.
Aku memilih kedai yang menjual kelapa goncang.
Coconut shake yang terbaik adalah di Padang Kota, Penang.
Coconut shake Klebang Melaka tidaklah setanding Padang Kota.
Tapi coconut shake PCB... wahhh!!! tak kalah rupanya.
Harga makanan disini tidak murah.
2 cucuk udang (6 ekor), 2 ekor sotong dan 6 gelas coconut shake = RM60.00
@ MASJID AL-MUHAMMADI, KOTA BHARU, KELANTAN
Sebaik keluar dari PCB, aku menghala semula ke bandar Kota Bharu.
Sebenarnya mahu bergerak mencari lokasi ke Wakaf Che Yeh.
Sesampai ke Kota Bharu, sudah hampir waktu Asar.
Aku berpusing mencari masjid.
Terpandang papan tanda masjid tertua di Kelantan.
Dan aku memberhentikan kereta di masjid itu.
Disambut dengan satu lagi genderang besar.
Masjid tua ini memang bersih dan nyaman keadaannya.
@ MASJID AL-MUHAMMADI, KOTA BHARU, KELANTAN
Memasuki masjid ini, kita tahu masjid ini istimewa.
Struktur bangunannya tidak ubah seperti Masjid Abu Bakar, Johor Bahru.
Aku sampai ketika azan Asar belum berkumandang.
Solat asar berjalan dengan 40% saf masjid penuh.
@ KOTA BHARU, KELANTAN
Struktur trade-mark Kota Bharu.
Gerbang-gerbangan dan julangan replika Al- Quran.
Ironi kepada sebuah pemerintahan negeri islamik madani.
Perlaksanaan pemerintahan berasas Al-Quran dan isinya.
Perjuangan undang-undang hudud dan lain-lainnya.
Jelas terselah bukan hanya kerajaan Namron sahaja boleh memerintah.
@ WAKAF CHE YEH, KOTA BHARU, KELANTAN
Berbeza sungguh tempat ini dengan 10 tahun yang lalu.
Perasaan aku yang berbeza atau memang sudah berubah.
Tetapi keadaannya seperti dulu juga. Bakal sesak dikala malam menjelma.
Pelbagai benda dijual, sebuah pasar malam yang besar-besaran. Tiap-tiap hari.
Aku sampai jam 6.00 petang dan masih agak lenggang. 6.30 petang mula ramai.
Aku berjalan serba bersahaja meninjau apa yang menarik.
Aku membeli 2 pasang selipar anak-anak ku dan sedikit buah-buahan.
Mengenangkan malam akan solat di Pulau Melaka, aku mendapatkan nasi bungkus.
Ibu bapa mentua aku juga sudah keletihan, tak mungkin mampu keluar malam ini.
Aku membeli nassi bungkus kerabu daging panggang, ayam kari dan ayam goreng.
Aku juga tertarik dengan persembahan somtam di kedai berdekatan.
Aku beli somtam dan pulut mangga yang akhirnya aku ubah meminta pulut durian.
Semua sedap!!!.

Malam itu aku solat Maghrib di Masjid Pulau Melaka.
Beberapa saf jemaah memandangkan pelajar tahfiz ramai bercuti pulang ke kampung.
TGNA juga tiada kelibatnya, kereta Merc juga tiada.
Aku pulang semula ke Ketereh.  Sedikit hampa.
Tapi takpe, lain hari jika ada kesempatan.
Esok aku akan bergerak pulang dan meninggalkan Darul Naim.

No comments:

Post a Comment