@ BANDAR KUANTAN, PAHANG
Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi ketika kami sampai.
Masih belum ramai orang yang datang.
AKOB PATIN HOUSE berada di belakang hotel budget.
Betul-betul menghadap Sungai Kuantan.
Tempat yang tersembunyi tetapi tetapi popular kerana patin ini.
Rasa lega menikmati Patin Buah masak asam tempoyak.
Sengaja aku memilih bahagia badan dengan bahagian perut yang besar.
Nikmat rasa kelembutan bahagian perut yang penuh ghairah.
Lazat, berlemak, pedas dan masam berlumba didalam mulut.
Masakan hebat dengan reputasi yang hebat.
Harga masakan juga tak kurang hebatnya. (Seperti dijangka).
Tapi aku masih mengingati patin tempoyak di Batu Pahat.
|
No comments:
Post a Comment