Saturday, June 8, 2013

Melawat Kelantan | 24/5 - 26/5/2013 (Part 3: Last Part)

26 MEI 2013 | AHAD
@ KEDAI NASI BERLAUK, KETEREH, KELANTAN
Pagi ini kami bersiap untuk pulang semula ke Johor Bahru.
Seperti dijangka, lawatan kali ini bukanlah yang terbaik.
3 hari 2 malam yang suntuk bukanlah tempoh masa yang ideal.
Kami pasti akan datang lagi lain kali. Mungkin dalam tempoh tak berapa lama.
Jam 9 pagi kami bersarapan di kedai semalam.
Aku tak mahu ambil risiko besar untuk sarapan ini.
Kedai yang sediada sudah menunjukkan prestasi.
Caj makan pagi kami untuk kesemuanya RM30.00.
Dan kami mula bergerak untuk kembali.
@ MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Kami sampai selepas waktu zohor.
Aku sebenarnya tidaklah berminat untuk kesini.
Atas desakan anak-anak dan mentuaku, aku turutkan juga.
Kenapa aku tak berapa sangat ke sini?
Entahlah... bagi aku, keindahan masjid itu bukan sekadar binaan.
Lebih penting adalah isi dan pengisian.
@ MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Ramai sungguh manusia disini.
Semuanya memenuhi tuntutan populariti masjid ini yang pelbagai.
Popular sungguh, pereka dari Disney dengar-dengarnya.
Entah bagaimana nak dikatakan perihal kejadian masa itu.
Aku dapati manusia yang diluar lebih ramai dari yang didalam.
Masjid ini juga tidaklah sebesar mana. Kecil molek saja.
Cuma dipromosi dalam poster bagaikan sebesar Masjid Putrajaya.
Hakikatnya hanya 1/4 Masjid Putrajaya sahaja, aku duga.
@ MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Diakui masjid ini unik dan punya tarikan tersendiri.
Tetapi maaf... aku takkan mengulangi ke sini lagi jika tidak perlu.
Bukanlah lokasi yang aku tercatat dalam cerita aku untuk mendatang.
@ MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Komen yang aku boleh nyatakan adalah berkisaran masalah yang sama.
Aspek penyelenggaraan masjid yang teruk.
Tiada input dakwah dalam kawasan masjid ini.
Tiada roh dalam struktur dan persekitaran.
Orang ramai datang sekadar datang dan mungkin berbangga tak tentu pasal.
Hakikatnya tiada ilmu rohani yang timbul dalam diri.
@ KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Kami bergerak ke Kuantan, suatu perjalanan yang panjang juga.
Jangka perjalanan akan berlarutan ke malam, pastinya.
Pelbagai benda terlihat di kanan dan kiri jalan.
Pelbagai gelagat manusia yang punya idea dan rasa.
Nak ketawa pun ada, nak menangis pun ada.
Ragam dunia.
@ KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Kami melepasti Kuala Terengganu dan menghala ke Marang - Dungun - Kemaman.
Tertunda-tunda makan tengahari kami akibat perjalanan yang disusun.
Etok-etok, air nira, jagung bakar, jagung rebus, jeli kelapa, satar, kopok losong.
Pelbagai makanan kami temui dan kami rasa.
Inilah kehidupan, keindahan pengembaraan kami.
Kami berhenti dimana kami mahu berhenti.
Kami makan makanan yang kami nak makan.
Perjalanan menjadi perlahan, tapi kami puas.
Dan seharusnya begitulah...
@ MAGGI KETAM BISTRO, KEMAMAN, TERENGGANU
Akhirnya kami sampai di Kemaman dalam kelaparan.
Google sejak tadi untuk makan yang best tetapi di tepi jalan utama.
Nah. Ini dia kedai makannya.
Kami sampai pukul 6 petang, hampir maghrib.
Kedai makan ini terletak sebelum Masjid Geliga dan bersebelah stesen Petronas.
Kami memesan:
2 nos maggi ketam A
4 nos maggi ketam Promosi
1 nos nasi goreng ketam
1 nos mee hoon  sup.
Pelbagai air minuman.
Caj keseluruhan: RM 141.00
Mahal tetapi aku berpuashati dengan masakannya.
Sampai sekarang aku masih mengingati rasa maggi ketam itu.
Memang sedap...
Rasa pedas kari bersebati dengan masam masin manis pada kuahnya.
Memberikan rasa nikmatan maksimum.
Ditambah dengan ketam bangkang yang hidup-hidup dimasak.
Manis ketam itu memberikan rasa kemuncak pada keseluruhan rasa.
5 bintang. Ya.... cuma harga mahal!

Perjalanan kami diteruskan ke Kuantan - Segamat - Muar - Melaka.
Aku perlu menghantar mentuaku ke kampung dahulu.
Sebelum bergerak jauh, kami selesaikan solat kami di Masjid Geliga.
Memang ramai orang yang turut berjalan jauh berhenti disini.
Awas... air tandas tiada... Itulah kelemahan kita. Tiada penyelenggaraan.

Sesampai ke Kuantan terus ke Muadzam Shah, Segamat, Muar dan Melaka.
Tiada gambar lagi kerana gelap malam dan keletihan.
Dan aku memang tidak gemar berjalan malam, kerana tiada pemandangan.
Alhamdulillah sampai di kampung Kelemak, Alor Gajah pukul 3 pagi.
Selamat semua, syukur kepada Allah atas kurniaan ini.
Alhamdulillah.
27 MEI 2013 | ISNIN
@ JOHOR BAHRU, JOHOR

Ini adalah penutup catatan kami ke Kelantan.
FUEL:
RM100 + RM 80 + RM 100 + RM 100 = RM380.00
(MAIN TIME) FOOD:
RM 70 + RM 70 + 30 + RM 30 + RM 60 + RM 50 + RM 30 + RM 140 = RM450.00
HOMESTAY:
RM 500.00
JUMLAH KOS PERJALANAN KESELURUHAN: RM 1,330.00

Kos-kos jajanan adalah tidak dicatatkan kerana ianya mengikut kawalan individu.
Namun kos jajanan ini tidak kurang RM 200.00
Kos membeli-belah juga tidak dimasukkan kerana ianya subjektif.

TQ.

No comments:

Post a Comment