Saturday, June 29, 2013

Visit SABAH | 21-24 Nov 2012 (Part 2)

22 November 2012 @ KK, Sabah.
Hari yang kedua dan perjalanan menuju ke Kundasang.
Perjalanan akan mengambil masa 3 jam.
Perjalanan  yang memakan masa dan pasti memenatkan.
Kami bertolak pada pukul 9 pagi.
Sarapan diambil di cafe apartment.
@ KK - Tamparuli, Sabah.
Perjalanan melalui pemandangan yang menarik.
Sabah memang negeri yang istimewa.
Lautan dan gunung ganang.
Cerunam dan dataran.
Sayang jika ianya tidak kita bela dan hargai.
@ Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah
Tidaklah aku beriya-iya untuk ke sini.
Tiada yang istimewa hanya sekadar gimik pelancogan.
Bukan sesuatu yang sukar, namun perlu keberanian.
Caj yang agak mahal dan aku rasa tidak berbaloi.
@ Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah
Tidak apa yang menarik sebenarnya.
Sekadar memenuhi tentatif program kami.
Juga tiada makanan yang special.
Pasti kunjungan yang tidak perlu.
@ Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah
Masa untuk posing bagi membuang masa.
@ Jambatan Gantung, Tamparuli, Sabah
Sebaik selesai di rumah terbalik - kami ke sini.
Gayat dan seriau, aku cuba mengelak untuk kesini.
Tetapi semua mahu kecuali aku.
Ahhh... aku berani-beranikan diri.
Fuhhh.... berdetup dentap jantung menahan.
@ Jambatan Gantung, Tamparuli, Sabah
Satu masalah jambatan ini ialah ianya berayun-ayun.
Panjangnya aku anggarkan hampir 100m merentangi sungai.
Tingginya ke dasar sungai mungkin 12 meter.
Struktur lama yang lusuh dan berusia.
Aduhaiiii....
Semua kami melaluinya, yang kecil yang besar tak terkecuali.
@ Jambatan Gantung, Tamparuli, Sabah
Lokasi jambatan gantung ini berdekatan dengan pasar Tamparuli.
Banyak juga barangan pelik yang dijual.
Ini buah terap yang memang aku tak pernah rasa.
Sedap, manis seperti cempedak tapi tidak bergetah.
Memang sedap!!!
@ Tuaran - Pekan Nabalu, Gunung Kinabalu, Sabah.
Perjalanan ke Kundasang bersentralkan Gunung Kinabalu.
Jauh dan tinggi, tinggi dan makin sejuk.
Makin sejuk makin gayat, makin gayat makin seram.
Subhanallah, cantik sungguh alam maya ini.
Jalan yang agak baik kualitinya.
Banyak kenderaan naik berselisihan.
Potong memotong dijalan yang bercerunam dan gaung.
Tak ubah seperti memanjant Cameron Highlands.
Cuma ianya jauh dan lebih lama masanya.
@ Pekan Nabalu, Sabah.
Kami sampai di sini dengan Gunung Kinabalu berselindung.
Awan menyembunyikan puncak gunung.
Sungguh indah dan nyaman.
Udara sejuk mencengkam tetapi matahari memancar.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Tempat proses susu lembu yang terbesar di Sabah.
Terletak dikawasan yang indah dan hijau.
Latarbelakang Gunung Kinabalu yang mengagumkan.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Tak ubah seperti New Zealand dengan hijauan sujana.
Tiada apa yang menarik selain susu lembu dan pemandangan.
Lembu nun jauh disana dan sukar dihampiri.
Jauh menarik untuk lensa kamera bukan kanta mata.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Tiada makanan yang menarik disini.
Sekadar jualan susu yang fresh dan pop-corn.
Awas!!! Susu lembu di sini memang sedap.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Lawatan ini tidak mengambil masa yang lama.
15 minit untuk ambil gambar dan susu lembu.
Ambillah gambar dengan banyak disini.
Kerana tiada keseronokan lain.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Jika lebih kreatif pastinya lokasi ini boleh dipelbagaikan.
Pengujung sepatutnya lebih dekat dengan lembu-lembu.
Ada restoren steak dan sebagainya.
Sekadar susu lembu dan popcorn, ianya tidak memadai.
@ Ladang Lembu, Mensilau, Sabah.
Gambar kenangan sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.
So far, lawatan kami ini sangat berjaya mengikut jadual.
Alhamdulillah.


Visit SABAH | 21-24 Nov 2013 (Part 1)

21 November 2012 @ Senai, Johor.
Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi.
Ahli rombongan 12 orang dewasa, 3 orang kanak-kanak.
Ianya bagaikan acara keluarga setiap 2 tahun.
Lawatan sebelum ini adalah ke Sarawak pada 2009.
@ Senai, Johor.
Kami bertolak dalam keadaan huru-hara.
Pelbagai kerenah Air Asia yang semua maklum.
Caj tambahan pula bagi luggage yang dibawa.
Peraturan yang baru diperkenal dan disambut dengan caj.
Kami dicaj RM200.00 bagi lebihan luggage.
Maklumlah bukan selalu dengan Air Asia.

@ Senai Airport, Senai, Johor.
Kami hampir tertinggal kapal terbang.
MyKid tertinggal dan kami ambil semula di rumah.
Lewat hampir 15 minit dan kami orang yang terakhir.
Syukur, semua selesai.
@ Kota Kinabalu, Sabah.
Perjalanan hampir 3 jam dan kami sampai pukul 12.
Cuaca sepanjang perjalanan kami sangat baik.
Tiada awan tebal mahupun gelora angin.
Walau agak suspen sebab kelewatan kami,
namun kami lega akhirnya menjejak kaki juga di KK.
@ Marina Court Apartment, KK, Sabah.
Kami menyewa apartment hotel di sini untuk 4 hari 3 malam.
15 orang ahli rombongan cukup sesuai dengan apartment ini.
Ada 3 bilik untuk 3 keluarga kami ini.
1 hari kadarnya RM250.00 dan ianya berbaloi.
Kami singgah sebentar untuk meletak barang dan rehat 1 jam.
@ D'Lengkuas, KK, Sabah.
Kami makan tengahari di sini.
Kedai makan yang popular di KK.
Aku tiada gambar disini, tapi foto di atas adalah rujukan.
Dikala sampai sudah pukul 3 petang, dan lauk sudah terhad.
Orang ramai masih ramai di restoran ini.
Masakan yang sedap walaupun pilihan telah terhad.
@ Jesselton Point, KK,  Sabah.
Waktu petang, tiada aktiviti yang spesifik.
Lebih kepada bersiaran disekitar KK.
Bandar biasa yang sesak dengan kenderaan dan manusia.
Banyak juga kumpulan pendatang di bandar ini.
Hujan renyai dibelah petang yang menghad pergerakan.
Mujur juga cuma sebentar...
@ Jesselton Point, KK,  Sabah.
Sampai di sini keadaan basah.
Tiada yang menarik dan tertarik.
Biasa dan tidak terusik.
Kawasan lama yang dibangunkan.
Percubaan yang baik untuk menarik kedatangan pengujung.
Tetapi malangnya tiada pengisian yang jelas.
@ Pasar Filipino, KK, Sabah.
Mengunjungi pasar untuk membeli barangan makanan Sabah.
Ikan bilis, ikan masin, keropok dan lain-lain.
Memang istimewa rasanya berbeza dengan tempat lain.
Harga juga tidaklah murah seperti yang dibayangkan.
Satu pasar menjual benda yang sama dan harga yang sama.
@ Restoran Nelayan, KK, Sabah.
Restoran yang prolifik dengan citarasanya.
Bukanlah restoran yang murah tetapi tidaklah mahal sangat.
Harga yang okay dengan reputasi dan harga.
Dikala ini kami sudah keletihan.
Esok kami perlu bersiap untuk ke Kundasang.
@ Medan Ikan Bakar, KK, Sabah.
Malam masih awal, aku dan keluarga aku keluar semula.
Merayau ke kawasan medan ikan bakar KK.
15 minit berjalan dari apartment kami.
Malam itu aku makan sotong bakar dan udang bakar.
Tidaklah murah seperti jangkaan awal.
Tapi aku mesti datang lagi...



Saturday, June 8, 2013

Melawat Kelantan | 24/5 - 26/5/2013 (Part 3: Last Part)

26 MEI 2013 | AHAD
@ KEDAI NASI BERLAUK, KETEREH, KELANTAN
Pagi ini kami bersiap untuk pulang semula ke Johor Bahru.
Seperti dijangka, lawatan kali ini bukanlah yang terbaik.
3 hari 2 malam yang suntuk bukanlah tempoh masa yang ideal.
Kami pasti akan datang lagi lain kali. Mungkin dalam tempoh tak berapa lama.
Jam 9 pagi kami bersarapan di kedai semalam.
Aku tak mahu ambil risiko besar untuk sarapan ini.
Kedai yang sediada sudah menunjukkan prestasi.
Caj makan pagi kami untuk kesemuanya RM30.00.
Dan kami mula bergerak untuk kembali.
@ MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Kami sampai selepas waktu zohor.
Aku sebenarnya tidaklah berminat untuk kesini.
Atas desakan anak-anak dan mentuaku, aku turutkan juga.
Kenapa aku tak berapa sangat ke sini?
Entahlah... bagi aku, keindahan masjid itu bukan sekadar binaan.
Lebih penting adalah isi dan pengisian.
@ MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Ramai sungguh manusia disini.
Semuanya memenuhi tuntutan populariti masjid ini yang pelbagai.
Popular sungguh, pereka dari Disney dengar-dengarnya.
Entah bagaimana nak dikatakan perihal kejadian masa itu.
Aku dapati manusia yang diluar lebih ramai dari yang didalam.
Masjid ini juga tidaklah sebesar mana. Kecil molek saja.
Cuma dipromosi dalam poster bagaikan sebesar Masjid Putrajaya.
Hakikatnya hanya 1/4 Masjid Putrajaya sahaja, aku duga.
@ MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Diakui masjid ini unik dan punya tarikan tersendiri.
Tetapi maaf... aku takkan mengulangi ke sini lagi jika tidak perlu.
Bukanlah lokasi yang aku tercatat dalam cerita aku untuk mendatang.
@ MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Komen yang aku boleh nyatakan adalah berkisaran masalah yang sama.
Aspek penyelenggaraan masjid yang teruk.
Tiada input dakwah dalam kawasan masjid ini.
Tiada roh dalam struktur dan persekitaran.
Orang ramai datang sekadar datang dan mungkin berbangga tak tentu pasal.
Hakikatnya tiada ilmu rohani yang timbul dalam diri.
@ KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Kami bergerak ke Kuantan, suatu perjalanan yang panjang juga.
Jangka perjalanan akan berlarutan ke malam, pastinya.
Pelbagai benda terlihat di kanan dan kiri jalan.
Pelbagai gelagat manusia yang punya idea dan rasa.
Nak ketawa pun ada, nak menangis pun ada.
Ragam dunia.
@ KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Kami melepasti Kuala Terengganu dan menghala ke Marang - Dungun - Kemaman.
Tertunda-tunda makan tengahari kami akibat perjalanan yang disusun.
Etok-etok, air nira, jagung bakar, jagung rebus, jeli kelapa, satar, kopok losong.
Pelbagai makanan kami temui dan kami rasa.
Inilah kehidupan, keindahan pengembaraan kami.
Kami berhenti dimana kami mahu berhenti.
Kami makan makanan yang kami nak makan.
Perjalanan menjadi perlahan, tapi kami puas.
Dan seharusnya begitulah...
@ MAGGI KETAM BISTRO, KEMAMAN, TERENGGANU
Akhirnya kami sampai di Kemaman dalam kelaparan.
Google sejak tadi untuk makan yang best tetapi di tepi jalan utama.
Nah. Ini dia kedai makannya.
Kami sampai pukul 6 petang, hampir maghrib.
Kedai makan ini terletak sebelum Masjid Geliga dan bersebelah stesen Petronas.
Kami memesan:
2 nos maggi ketam A
4 nos maggi ketam Promosi
1 nos nasi goreng ketam
1 nos mee hoon  sup.
Pelbagai air minuman.
Caj keseluruhan: RM 141.00
Mahal tetapi aku berpuashati dengan masakannya.
Sampai sekarang aku masih mengingati rasa maggi ketam itu.
Memang sedap...
Rasa pedas kari bersebati dengan masam masin manis pada kuahnya.
Memberikan rasa nikmatan maksimum.
Ditambah dengan ketam bangkang yang hidup-hidup dimasak.
Manis ketam itu memberikan rasa kemuncak pada keseluruhan rasa.
5 bintang. Ya.... cuma harga mahal!

Perjalanan kami diteruskan ke Kuantan - Segamat - Muar - Melaka.
Aku perlu menghantar mentuaku ke kampung dahulu.
Sebelum bergerak jauh, kami selesaikan solat kami di Masjid Geliga.
Memang ramai orang yang turut berjalan jauh berhenti disini.
Awas... air tandas tiada... Itulah kelemahan kita. Tiada penyelenggaraan.

Sesampai ke Kuantan terus ke Muadzam Shah, Segamat, Muar dan Melaka.
Tiada gambar lagi kerana gelap malam dan keletihan.
Dan aku memang tidak gemar berjalan malam, kerana tiada pemandangan.
Alhamdulillah sampai di kampung Kelemak, Alor Gajah pukul 3 pagi.
Selamat semua, syukur kepada Allah atas kurniaan ini.
Alhamdulillah.
27 MEI 2013 | ISNIN
@ JOHOR BAHRU, JOHOR

Ini adalah penutup catatan kami ke Kelantan.
FUEL:
RM100 + RM 80 + RM 100 + RM 100 = RM380.00
(MAIN TIME) FOOD:
RM 70 + RM 70 + 30 + RM 30 + RM 60 + RM 50 + RM 30 + RM 140 = RM450.00
HOMESTAY:
RM 500.00
JUMLAH KOS PERJALANAN KESELURUHAN: RM 1,330.00

Kos-kos jajanan adalah tidak dicatatkan kerana ianya mengikut kawalan individu.
Namun kos jajanan ini tidak kurang RM 200.00
Kos membeli-belah juga tidak dimasukkan kerana ianya subjektif.

TQ.

Monday, June 3, 2013

Melawat Kelantan | 24/5 - 26/5/2013 (Part 2)

@ TAMAN DESA MURNI, KETEREH, KELANTAN
Inilah dia homestay kami, dikala foto dirakam jam 9.00 pagi.
Walau agak kepenatan akibat peristiwa semalam, kami perlu terus bergerak.
Hari ini adalah hari meronda Kelantan dengan perancangan lokasi telah dibuat.
Beberapa lokasi tempat makan juga telah dikenalpasti.
Apa yang paling mustahak saat ini adalah makan pagi.
@ KEDAI NASI BERLAUK, KETEREH, KELANTAN
Kedai makan ini adalah dicadangkan oleh pemilik homestay, En. Mohd.
Seperti kebanyakan kedai makan Melayu yang biasa.
Tapi aku merasakan ada sesuatu yang istimewa disini.
Ramai orang memenuhi ruang kedai. Pastinya makanannya lazat.
Dugaku memang tepat. Nasi berlauk ayam kampung ini memang hebat.
Lain benar dengan nasi berlauk di Johor Bahru.
@ KEDAI NASI BERLAUK, KETEREH, KELANTAN
Kami memesan nasi berlauk dan nasi dagang.
Beberapa makanan lain adalah nasi pulut dan kueh manis.
Pelbagai lauk pauk nasi - ayam kampung goreng, daging, itik kari, ikan aye.
Paling istimewa harga makanan murah. Kami dicaj RM28.00.
@ MASJID PULAU MELAKA, KUBANG KERIAN, KELANTAN
Bertolak dari Ketereh, aku menuju ke sini.
Tujuan jelas aku ke Kelantan, melawat masjid TG Nik Aziz.
Melawat ke masjid yang indah dan bersahaja.
Masjid  yang bersebelahan dengan rumah TG Nik Aziz.
Simbol kesederhanaan hidup seorang pemimpin besar.
@ MASJID PULAU MELAKA, KUBANG KERIAN, KELANTAN
Aku berpusing-pusing di halaman masjid dan rumah TGNA.
Manalah tahu kalau-kalau TGNA ada dan bisa ketemu.
Besar sangat hajatku, dan memang sukar tercapai.
Rupanya bukan aku seorang yang datang ziarah.
2 keluarga dari Seremban juga berlegar di ruang halaman rumah TGNA.
Hari itu TGNA kurang sihat dan tidak dapat berjumpa dengan orang ramai.
@ MASJID PULAI MELAKA, KUBANG KERIAN, KELANTAN
Lihatlah begitu ringkas struktur masjidnya.
Masjid ini bersebelahan rumah pembesar negeri.
Tapi tiada pun struktur hebat melangit.
Paling penting kemakmuran masjid dengan jemaahnya.
Masjid tersergam tanpa isinya, nyata tiada apa-apa makna.

@ RUMAH TGNA, PULAU MELAKA, KELANTAN
Tiada pegawai keselamatan, tiada pagar.
Tiada hiasan, tiada berlebihan.
Kesederhanaan yang perlu dicontohi.
@ MASJID PULAU MELAKA, KUBANG KERIAN, KELANTAN
Setelah aku selesai solat Duha dan mahu bergerak keluar.
Aku menyapa orang tua ini.
Ramah dan banyak ceritanya. seronok berbual.
Dia adalah penyelia bangunan di Pusat Tahfiz Pulau Melaka ini.
@ RUMAH TGNA, PULAU MELAKA, KELANTAN
Sebelum meneruskan perjalanan, aku ambil gambar di kereta TGNA.
Buat kenang-kenangan.
@ PASAR SITI KHADIJAH, KOTA BHARU, KELANTAN
Masa yang terhad, ruang untuk membeli-belah juga tidak banyak.
Tiada perjalanan ke Rantau Panjang, kerana aku yakin trafik penuh disana.
Sekadar membeli apa yang perlu di pasar ini sudah memadai.
Walau baru permulaan cuti sekolah, sukarnya mencari parking.
Ramai juga manusia yang datang menyerbu pasar ini.
Aku tidak mahir membeli-belah, tugasan di serah kepada isteri.
Kami sekadar membeli beberapa helai kain sarung dan batik.
Juga serunding daging, budu dan cendawan gerigit.
Tak lupa mempelam, buah nipah dan keropok.
Cukuplah tu...
@ NASI ULAM CIKGU, KOTA BHARU, KELANTAN
Lokasi makanan yang paling popular di Kota Bharu.
Walaupun aku tahu beberapa risiko yang mungkin berlaku.
Restoran yang popular kadangkala punya masalah dengan servis lambat.
Juga kemungkinan tiada meja makan.
Kebiasaannya juga mengenakan harga yang mahal.
Oklah sedang aku menyelinap masuk ke Nasi Ulam Cikgu...
Kita pukul genderang dulu.
@ NASI ULAM CIKGU, KOTA BHARU, KELANTAN
Tu diaaa... memang ramai pelanggan restoran cikgu ni.
Tercari-cari meja makan kosong, memang tiadalah.
Maka kena tunggulah pelanggan yang sudah makan dan beredar.
Akhirnya dalam 5 minit mencari-cari akhirnya dapat juga meja kosong.
@ NASI ULAM CIKGU, KOTA BHARU, KELANTAN
Jam dah menunjukkan jam 2 petang tetapi pelanggan tetap ramai.
Makanan telah hampir habis. Ulam sudah hampir habis.
Pinggan habis. Air hampir habis. Air basuh tangan hampir habis.
Tetapi komitmen pekerja sangat tinggi walau bilangan tak mencukupi.
Pinggan dipunggah lagi. Lauk dihidang lagi. Ulam dibentang lagi
Sekejapan habis lagi. Tambah lagi. Habis lagi.
Jug-jug air bandung dan sirap disusun panjang
Sekilas pandang selesai semuanya.
Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Tetapi pelanggan masih ramai. Dan tak berganjak. Dahsyat!
@ NASI ULAM CIKGU, KOTA BHARU, KELANTAN
Dalam keributan itu, makan perlu untuk hidup.
Aku berusaha menyelamatkan beberapa lauk untuk kami.
4 ekor kembung rebus. 3 ekor ayam goreng. 1 ekor keli besar.
2  pinggan ulam-ulaman. 6 pinggan nasi putih. 3 jug air bandung / sirap.
Walau dalam kelam-kelibut, sedap sungguh masakannya.
Ringkas tetapi keluar segala rasa masakannya.
Ulam-ulamannya memang menyelerakan.
Cuba bayangkan jika keadaannya lebih sempurna.
Untuk semua ini kami dicaj RM33.00 sahaja. Memang murah.
@ PANTAI CINTA BERAHI (PCB), KOTA BHARU, KELANTAN
Lokasi kami seterusnya adalan pantai PCB.
Diwaktu itu jam telah melepasi jam 3.00 petang.
Deretan gerai tradisional menjual pelbagai makanan yang hampir sama.
Sotong goreng tepung, udang gt, ikan gt, dan seumpamanya.
Kami sudah kenyang tetapi sengaja melayan menu mereka.
Aku memilih kedai yang menjual kelapa goncang.
Coconut shake yang terbaik adalah di Padang Kota, Penang.
Coconut shake Klebang Melaka tidaklah setanding Padang Kota.
Tapi coconut shake PCB... wahhh!!! tak kalah rupanya.
Harga makanan disini tidak murah.
2 cucuk udang (6 ekor), 2 ekor sotong dan 6 gelas coconut shake = RM60.00
@ MASJID AL-MUHAMMADI, KOTA BHARU, KELANTAN
Sebaik keluar dari PCB, aku menghala semula ke bandar Kota Bharu.
Sebenarnya mahu bergerak mencari lokasi ke Wakaf Che Yeh.
Sesampai ke Kota Bharu, sudah hampir waktu Asar.
Aku berpusing mencari masjid.
Terpandang papan tanda masjid tertua di Kelantan.
Dan aku memberhentikan kereta di masjid itu.
Disambut dengan satu lagi genderang besar.
Masjid tua ini memang bersih dan nyaman keadaannya.
@ MASJID AL-MUHAMMADI, KOTA BHARU, KELANTAN
Memasuki masjid ini, kita tahu masjid ini istimewa.
Struktur bangunannya tidak ubah seperti Masjid Abu Bakar, Johor Bahru.
Aku sampai ketika azan Asar belum berkumandang.
Solat asar berjalan dengan 40% saf masjid penuh.
@ KOTA BHARU, KELANTAN
Struktur trade-mark Kota Bharu.
Gerbang-gerbangan dan julangan replika Al- Quran.
Ironi kepada sebuah pemerintahan negeri islamik madani.
Perlaksanaan pemerintahan berasas Al-Quran dan isinya.
Perjuangan undang-undang hudud dan lain-lainnya.
Jelas terselah bukan hanya kerajaan Namron sahaja boleh memerintah.
@ WAKAF CHE YEH, KOTA BHARU, KELANTAN
Berbeza sungguh tempat ini dengan 10 tahun yang lalu.
Perasaan aku yang berbeza atau memang sudah berubah.
Tetapi keadaannya seperti dulu juga. Bakal sesak dikala malam menjelma.
Pelbagai benda dijual, sebuah pasar malam yang besar-besaran. Tiap-tiap hari.
Aku sampai jam 6.00 petang dan masih agak lenggang. 6.30 petang mula ramai.
Aku berjalan serba bersahaja meninjau apa yang menarik.
Aku membeli 2 pasang selipar anak-anak ku dan sedikit buah-buahan.
Mengenangkan malam akan solat di Pulau Melaka, aku mendapatkan nasi bungkus.
Ibu bapa mentua aku juga sudah keletihan, tak mungkin mampu keluar malam ini.
Aku membeli nassi bungkus kerabu daging panggang, ayam kari dan ayam goreng.
Aku juga tertarik dengan persembahan somtam di kedai berdekatan.
Aku beli somtam dan pulut mangga yang akhirnya aku ubah meminta pulut durian.
Semua sedap!!!.

Malam itu aku solat Maghrib di Masjid Pulau Melaka.
Beberapa saf jemaah memandangkan pelajar tahfiz ramai bercuti pulang ke kampung.
TGNA juga tiada kelibatnya, kereta Merc juga tiada.
Aku pulang semula ke Ketereh.  Sedikit hampa.
Tapi takpe, lain hari jika ada kesempatan.
Esok aku akan bergerak pulang dan meninggalkan Darul Naim.