Saturday, November 16, 2013

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK, BATU PAHAT

KEDAI MAKAN KAK IZAN, BATU PAHAT

1. Secara jujurnya aku memang suka ikan. Tetapi ikan itu perlulah dimasak
dengan betul. Ikan yang dimasak dengan betul akan menghilangkan
semua benda yang tidak betul dalam masakan.

2. Kedai Makan Kak Izan ini bukanlah kedai besar dah gah seperti
Kedai RZ di Segamat. Aku rasa kedai makan ini agak low profile. Tidak
tahu kenapa, tetapi layanan yang diberikan bagaikan layanan anak beranak.

3. Specialnya sememangnya ini... Ikan Patin Masak Tempoyak. Fuuuih!!!
Sedang aku menulis ini pun aku terkecur dengan rasa ikan patin yang
dimasak dengan taraf antarabangsa.

4. Aku pernah makan beberapa tempat dengan nama masakan yang sama
seperti ini di beberapa tempat di Johor dan luar Johor. Nyata air tangan
Kak Izan jugak yang terbaik setakat ini. Maaf untuk menyatakan, Akob
Patin House di Kuantan pun agak tertinggal beberapa tiang dengan
resepi Kak Izan ni. Maaf cakap...

5. Kak Izan ini orang Temerloh yang membuka perniagaan di Batu Pahat
sekian lama. Lebih 15 tahun aku rasa. Membuka kedai makan di pojok
kedai kereta Proton dilaluan yang sama ke BP Mall. Mungkin lokasi yang
underground menyebabkan ianya tidak sepopular beriani Mat Shah.

6. Rasa ikan patinnya memang lazat, segar dan tidak berbau lumpur. Aku
tak pasti patin jenis apa - tetapi rasa masakan asam tempoyaknya memang
memikat dan menyengat. Jika kamu penggemar patin, inilah tempatnya
kamu ke Temerloh atau Ulu Tembeling.

7. Lihat bahagian perut ikan patin itu yang penuh dengan lemak dan
berlumba rasa dengan pedas, masam dan masin. Bayangkanlah...
Kuahnya ringan dan tidak terlalu tebal meyebabkan ianya boleh
dihirup tanpa rasa prejudis.

8. Kedai ini juga menyediakan deretan ulam-ulaman kampung yang handal.
Petai jeruk, terung pipit, jengkol, tenggek burung dan lain-ain daun yang
tak mampu aku ambil tahu. Cecahan dengan sambal tempoyak, sambal
belacan, budu dan sambal kicap.

9. Kebersihan kedai sangat baik, walaupun ianya menumpang dengan
kedai orang lain. Kebersihan tip top. Tidak perlu gusar kerana orang
tidak penuh, maka kamu datang saja tanpa perlu membawa meja dan
kerusi sendiri.

10. Harganya agak tinggi jika kita gelarkan ianya sebagai warung yang
tipikal tetapi jika kita anggap ianya sebagai restoran biasa maka harganya
adalah biasa, tetapi tidaklah murah. Namun jika dibandingkan dengan
kedai makan popular seperti RZ di Segamat, Nelayan Seafood di Seremban
atau Akon Patin House di Kuantan... disini masih lagi murah dengan
standard rasa yang tinggi.

(Info: Sepotong ikan patin digambar tersebut pada awal 2013 adalah RM8.00)


Cubalah!!!




No comments:

Post a Comment