Thursday, January 2, 2014

Cuti Sekolah 2013 | Part III : Morib, Selangor









Cuti Sekolah 2013 | Part II: Kidzania KL, 26 Dec
















Cuti Sekolah 2013, 25 Dis | Part I

1. Agak lambat tahun ini untuk bawa anak-anak berjalan
    akibat kesibukan kerja dan urusan dunia yang tak 
    berkesudahan.
2. Sepatutnya rancangan awal, kami ke Tanjung Leman, 
    tetapi akibat banjir - rancangan awal di tukar.
3. Ok, semua nampaknya dah bersedia memulakan perjalanan.

4. Sebelum bergerak jauh, singgah dahulu ke sekolah Naufal 
    dan Muaz untuk dapakan buku teks bagi sesi tahun depan.
5. Proses ambil buku agak lancar dan baik.
6. SR Islam Hidayah adalah sekolah agama persendirian yang
    telah lama beroperasi di Johor Bahru.

7. Perjalanan kami mulakan dari Johor Bahru ke
    Batu Pahat dimana kami makan tengah hari
    di Kedai Makan Kak Izan di kantin Proton
    Batu Pahat.
9. Jikalau lupa, ia adalah kedai makan yang
    menyediakan ikan patin tempoyak terbaik di
    negeri Johor dan tak kalah dengan masakan
    patin di Pahang.
10. Dari Batu Pahat balik kampung di Melaka
      melalui Muar.
11. Di Muar, tiada apa nak dicari kerana lunch
      telah diambil di BP tadi. Hanya melihat-lihat
      kalau ada sesuatu yang menarik selain asam
      pedas, mee bandung atau satay.
12. Akhirnya aku jumpa duku....
      Duku 3 kilo RM10.00.
13. Sampai ke Melaka aku lebih selesa melalui jalan
      dalam. Lebih tenang, penuh pemandangan dan
      kurang traffic light.
14. Sebelum ke kampung, singgah dahulu ke
      Coconut Shake, Klebang. Ahhh Jamm!!!

15. Terlalu ramai orang di Coconut Shake Klebang ini.
       Berpusu-pusu dan sesak dengan semua orang. Melayu,
       Cina, India...
16.  Tawaran kedai ini adalah biasa saja... Air Coconut Shake,
       Nasi Lemak bungkus, Mi goreng bungkus, kopok lekor.
17. Tiada yang pelik tetapi manusia begitu ramainya.
18. Kenapa ramai yang makan disini? JJCM pernah singgah
      sini? Sebelum JJCM pun memang dah ramai. Sebab utama
      adalah kerana Coconut Shake ini murah! Coconut Shake
      Special RM2.20 (di JB RM3.00),
      Coconut Shake biasa RM1.70...
19. Harga memang murah tetapi rasanya juga sedap selain
      servis yang efektif. Yang penting tiada bau klorin dalam
      minuman ini yang biasa boleh kita pada tempat lain.


Saturday, November 16, 2013

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK, BATU PAHAT

KEDAI MAKAN KAK IZAN, BATU PAHAT

1. Secara jujurnya aku memang suka ikan. Tetapi ikan itu perlulah dimasak
dengan betul. Ikan yang dimasak dengan betul akan menghilangkan
semua benda yang tidak betul dalam masakan.

2. Kedai Makan Kak Izan ini bukanlah kedai besar dah gah seperti
Kedai RZ di Segamat. Aku rasa kedai makan ini agak low profile. Tidak
tahu kenapa, tetapi layanan yang diberikan bagaikan layanan anak beranak.

3. Specialnya sememangnya ini... Ikan Patin Masak Tempoyak. Fuuuih!!!
Sedang aku menulis ini pun aku terkecur dengan rasa ikan patin yang
dimasak dengan taraf antarabangsa.

4. Aku pernah makan beberapa tempat dengan nama masakan yang sama
seperti ini di beberapa tempat di Johor dan luar Johor. Nyata air tangan
Kak Izan jugak yang terbaik setakat ini. Maaf untuk menyatakan, Akob
Patin House di Kuantan pun agak tertinggal beberapa tiang dengan
resepi Kak Izan ni. Maaf cakap...

5. Kak Izan ini orang Temerloh yang membuka perniagaan di Batu Pahat
sekian lama. Lebih 15 tahun aku rasa. Membuka kedai makan di pojok
kedai kereta Proton dilaluan yang sama ke BP Mall. Mungkin lokasi yang
underground menyebabkan ianya tidak sepopular beriani Mat Shah.

6. Rasa ikan patinnya memang lazat, segar dan tidak berbau lumpur. Aku
tak pasti patin jenis apa - tetapi rasa masakan asam tempoyaknya memang
memikat dan menyengat. Jika kamu penggemar patin, inilah tempatnya
kamu ke Temerloh atau Ulu Tembeling.

7. Lihat bahagian perut ikan patin itu yang penuh dengan lemak dan
berlumba rasa dengan pedas, masam dan masin. Bayangkanlah...
Kuahnya ringan dan tidak terlalu tebal meyebabkan ianya boleh
dihirup tanpa rasa prejudis.

8. Kedai ini juga menyediakan deretan ulam-ulaman kampung yang handal.
Petai jeruk, terung pipit, jengkol, tenggek burung dan lain-ain daun yang
tak mampu aku ambil tahu. Cecahan dengan sambal tempoyak, sambal
belacan, budu dan sambal kicap.

9. Kebersihan kedai sangat baik, walaupun ianya menumpang dengan
kedai orang lain. Kebersihan tip top. Tidak perlu gusar kerana orang
tidak penuh, maka kamu datang saja tanpa perlu membawa meja dan
kerusi sendiri.

10. Harganya agak tinggi jika kita gelarkan ianya sebagai warung yang
tipikal tetapi jika kita anggap ianya sebagai restoran biasa maka harganya
adalah biasa, tetapi tidaklah murah. Namun jika dibandingkan dengan
kedai makan popular seperti RZ di Segamat, Nelayan Seafood di Seremban
atau Akon Patin House di Kuantan... disini masih lagi murah dengan
standard rasa yang tinggi.

(Info: Sepotong ikan patin digambar tersebut pada awal 2013 adalah RM8.00)


Cubalah!!!




Kita & Tuhan


Ustaz kata...
Orang yang bijaksana.
Adalah orang yang setiap hari mengingati mati.

Masha Allah.

SATELIT KAYA

1. Entah kenapa sejak 2 - 3 bulan ini aku didatangi oleh orang-orang yang aku tidak kenali. Kedatangan yang tidak tahu dari mana asalnya, tanpa tujuan yang jelas dan tanpa pengenalan yang terperinci.

2. Sebagai penerima tetamu, aku memang akan membuka tangan menerima sesiapa saja yang datang menjenguk untuk berjumpa walaupun aku bukanlah sesiapa-sesiapa. Berlapanglah dada menerima ziarah individu yang tak terbaca tujuannya. Yang paling penting setiap niat yang diperkatakan perlu didengar dan difikirkan. Tidak juga ianya serta-merta aku bersetuju dengan segala licik penceritaan dan motif kedatangan. Aku perlu dengar keseluruhannya dahulu.

3. Hakikat dalam semua ini, masing-masing punyai peluang yang ingin dibuka dan mereka mempelawa aku untuk sama-sama membuka peluang itu. Peluang keemasan dari persepsi masing-masing yang yakin mempunyai kekuatan dalam pokok tujuan yang dibawa untuk direbut itu. Tak semua aku yakini dan tak semua aku tolak mentah-mentah tetapi perkara yang paling penting adalah berhati-hati.

4. Kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah, tidak semudah memetik bunga dari tangkainya. Tak semudah membuka lampu. Bukan sekadar dipetik. Usaha berterusan dan paling penting setiap peluang perlu ditangani. Bukan semua peluang adalah suci, tetapi dengan niat yang suci peluang yang tinggal untuk kita pastinya peluang yang suci. Jangan terlalu optimistik.

5. Pernah dahulu 5 tahun lalu, aku berbual dengan seorang lelaki India di sebuah kuari. Entah kenapa aku boleh berbual panjang dengannya. Aku tak tahu apa pekerjaannya dikuari tersebut, barangkali pemandu lori. Kami berberbual panjang kisah perihal marhean seperti kami, soldadu seperti kami dan mondok-mondik politik. Kami berbual tentang banyak hal, tentang banyak perkara tiada had batasan atau perkara yang terselindung. Bukan bualan antara Melayu dengan India... ini bualan majmuk Malaysia.

6. Satu prasa yang aku ingat hingga hari ini ialah kata-katanya tentang perihal kejayaan, yang juga berkait dengan kekayaaan. Ada 3 faktor untuk berjaya (baca untuk kaya);
                     i. Pandai akademik & ada ilmu
                    ii. Pandai cakap
                   iii. Rajin

7. Dia menyambung lagi, 3 faktor itu jika kita mampu memilikinya kita pasti akan berjaya di dunia ini. Tetapi jika kita hanya mampu memiliki 2 daripada 3 faktor itu pun sudah memadai untuk berjaya dan kaya.

8. Aku terdiam sebentar dan aku berfikir. Aku lihat muka lelaki India ini dan aku berfikir lagi. Dan aku berfikir lagi. Memang sangat betul apa yang dikatakan. Sangat betul.

9. Kamu juga boleh memikirkannya juga... silakan.

CraneChronicle
Tuesday, December 02, 2008

SEKSI yang tidak!

1. Aku tak pasti, apakah blog masih menjadi satu medium penting lagi. Ketidakpastian ini menyebabkan aku tidak galak menulis disamping atas kesibukan aku seharian. Banyak yang aku fikirkan berkaitan dengan ini. Sehinggakan blog ni aku tulis hanyalah bertujuan untuk bacaan anak-anak aku kelak, bila mereka dewasa.

2. Tapi bila melihatkan angka viewers, walaupun tidaklah banyak mana - aku fikir blog bukanlah teruk sangat. Masih ada yang mencari bahan dan membaca untuk pelbagai tujuan. Mungkin tidak sekeras dahulu, tetapi proses itu tetap berjalan.

3. Melihat kepada diri aku sendiri, banyak masa aku tidak lagi bergantungan mata pada blog. Mungkin website Paul Tan atau Vkeong sahaja. (Paul Tan kerap juga aku menjengok, Vkeong sudah lama tidak menjengok). Blog Hanis Zalikha juga tidak lagi sementelaah dia juga sudah mudah dilihat di TV. Blog ibu Hanis Zalikha juga tidak lagi aku baca... walaupun dulu aku membaca blog ibu itu tanpa ada niat untuk melamar anaknya pun.

4. Facebook dan Instagram telah mengambil tempat dengan cepat dan ianya sungguh drastik. Betapa kayanya Yahudi itu. Jangan salahkan Yahudi itu kerana kita masih belum mampu. Aku tidak gemar tweeter kerana ianya terlalu serius. Aku tidak suka WeChat kerana ianya agak kebudak-budakan. Oh ya, aku tiada masalah dengan WhatsApps kerana ianya sememangnya cool.

5. Untuk itu, selepas in aku akan repost tulisan yang aku tulis sejak 2005 dahulu di blog yang dulu ke blog ini bagi menyegarkan minda-minda pembaca blog aku ini. Mungkin kamu membaca secara tak sengaja, tetapi percayalah aku bukan penjenayah yang akan mengajarmu yang bukan-bukan. Aku masih suci!

Terima kasih.

RolRochestra!