Saturday, September 3, 2011

Kali Kedua

Bismillah.

1. Salam Syawal kepada semua. Aku telah kembali ke Johor Bahru setelah hampir 7 hari 'melarikan diri' dari bandaraya ini. Rasa tenang dan segar hari-hari yang dilalui tujuh hari ini dengan meninggalkan sementara bebanan galasan tugas di pundak ini. Kini aku kembali!

2. Lupakanlah dahulu kisah perayaan Aidil Fitri. Kamu pasti tidak sabar mahu melihat kemeriahan sambutan keluargaku di kampung. Aku belum teruja untuk bercerita tentang itu.

3. Hari ini aku mahu menyambung semula minat asalku kepada bidang kulinari. Bukanlah mahu menjadi chef atau tukang obrol dapur. Aku mahu menyambung semula harapan aku pada kedai makan aku yang tidak dapat diteruskan di Alor Gajah, iaitu TERACUP CAFE.

4. Aku masih merasakan projek perniagaan TERACUP CAFE masih belum gagal. Aku belum surrender lagi. Mana mungkin kedai yang menjana kutipan purata RM 800 per day dengan kakitangan seramai 4 orang boleh dikira gagal.

5. Tinggal lagi TERACUP CAFE tak dapat diteruskan atas beberapa faktor yang aku boleh huraikan seperti dibawah;

i. Kesihatan ketua chef a.k.a. mak mentua aku yang terganggu dengan penyakit kencing manis.

ii. Pertelingkahan antara kakitangan asal restoran yang membuatkan pengunduran beberapa kakitangan penting restoran yang menyebabkan operasi restoren menjadi pincang.

iii. Peningkatan harga barang seperti ayam, susu, milo dan beras telah menyebabkan perniagaan ini yang memfokus kepada harga kompetetif tidak dapat mengekalkan harga rendah sepanjang masa. Sebahagian kecil pelanggan mula lari ke tempat lain. Namun faktor ini dapat ditampung dengan rasa masakan restoran yang telah menyelamatkan sebahagian besar pelanggan setia yang mementingkan rasa.

iv. Tidak mempunyai kakitangan dan pembantu chef yang prolifik di dapur menyebabkan cara hidangan dan tempoh servis tidak memuaskan.

v. Kebersihan kedai adalah pada tahap terbaik namun kerja-kerja servis selepas pelanggan selesai makan agak kurang baik.

vi. TERACUP CAFE banyak bergantung pada sarapan pagi dimana menu Nasi Lemak merupakan menu utama yang mempunyai dikenali dengan nasi kukus dan sambal yang membunuh. Sajian lain gagal mendekati mutu menu ini.

vii. Idea untuk penjualan Cendol, ABC, Ais Jagung dan Satey Pagi gagal diterjemah dan ianya gagal sama sekali.

viii. Konsep restoran yang santai, muzikal dan rilex gagal dihayati oleh kakitangan dan pengurus restoran.

ix. Sistem belian barang basah yang belum cekap disamping pengurusan petty cash yang lemah.

x. Penggunaan barang perkakasan restoran - gelas, cawan, pinggan, mangkuk dan sudu tidak menggunakan barangan yang berkualiti dan ianya memerlukan penggantian yang tinggi.

xi. Tiada pengurus restoran yang prolifik yang mengawal operasi restoran.

6. Namun dalam 10 faktor ini aku masih positif ianya suatu perniagaan yang boleh menjadikan tunggangan tunai (cash cow). Ianya menjadi suatu minat dan keutamaan yang mana aku perlu lakukan kerana aku mahu lakukan bukan sebab lain.

7. Aku telah menggariskan beberapa poin untuk diketengahkan bagi memastikan strategi perancangan pembukaan semula TERACUP CAFE kali kedua ini tidak mengulangi kesilapan yang pertama.

8. Paling utama ialah konsep restoran itu perlu jelas dan kukuh tanpa sebarang percampuran lain yang menyumbang kepada kegagalan penerimaan konsep itu kepada pelanggan.

9. Berikut adalah garis panduan baru untuk TERACUP CAFE dengan penegasan dan penambahbaikan.

TERACUP CAFE: Garis Penegasan Pembukaan Semula

Nama:
REPUBLIK KOPI

Konsep:
RILEX
SANTAI
JAZZY MUSICAL
PRIVATE

Dekorasi:
BRICKWORKS COUNTER (NOT PLASTER)
WONDERMILK MIX
PLYWOOD TABLE WITH GI STAND
PLYWOOD CHAIR WITH GI STAND
TRANSPARENT CUP & GLASS
AYAM BOWL & SPOON
WHITE, BROWN, LIGHT BROWN PAINTING
CEMENT RENDER
MINIMALIS LIGHT

Fasiliti:
THE BEST SOUND SYSTEM
WIFI BROADBAND
LIVE BAND ON SATURDAY AND SUNDAY
ASTRO AND TV
LITE AND EASY INSTRUMENTAL SONGS

Menu:
| P A G I |
NASI LEMAK KUKUS (BUNGKUS)
NASI LEMAK KUKUS (BERLAUK)
MI/MIHUN SUP - AYAM/LEMBU/KAMBING
SOTO AYAM
MI KARI
MI JAWA
MI REBUS

| L U N C H |
ASAM PEDAS KEPALA IKAN - SIAKAP/ JENAHAK/ MERAH
ASAM PEDAS IKAN - PARANG / PARI / TENGGIRI / SEMBILANG
MASAK LEMAK REBUNG AYAM
MASAK LEMAK AYAM PENCEN
MASAK LEMAK DAGING SALAI
MASAK LEMAK IKAN - SIAKAP / JENAHAK / MERAH
AYAM MASAK MERAH
HOT DEEP - BAWAL
HOT DEEP - SIAKAP
HOT DEEP - IKAN MERAH
HOT DEEP - AYAM POTONG 4
SAYUR LEMAK REBUNG
SAYUR CAMPUR / GORENG
AYAM PANGGANG MASAK PECAL
AYAM PANGGANG PERCIK
KAKI AYAM REBUS HITAM

| P E T A N G |
CHICKEN GRILL AND CHIPS
BANANA SPLIT
ABC SPECIAL
CORN ICE
CENDOL ICE