Tuesday, May 31, 2011

Bermula Sekali Lagi


Bismillah.

1. Aku bermula sekali lagi. Menulis kerana penulisan adalah permulaan sebuah revolusi. 2008 aku berhenti menulis blog. Atas kesibukan kerja dan urusan perniagaan lainnya, aku terleka untuk menulis.

2. 2 tahun selepas itu aku mula menulis lagi. Facebook ruang terbaru tulisan ku. Pada khalayak yang aku kenali. Facebook benar-benar membawa semangat baru untuk aku menyalirkan idea.

3. 2 tahun di Facebook, aku rasa aku perlu benar-benar memulakan semula penulisan blog. Tanpa sebarang alasan. Tanpa tujuan kebendaan. Ianya sekadari tanda yang aku pernah menulis. Untuk tatapan anak-anak aku di lain hari. Mungkin juga khalayak lain yang menyukai (walau aku tak harapkan itu).

4. Semoga Allah memberikan aku kekuatan. Insya-Allah.